Saturday, December 25, 2010

.::: titipan mahabbah :::.

Ya Allah….
Seandainya telah engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagian antara kami….
agar kemesraan itu abadi…

Dan ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi…
Seiringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…

Tetapi ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan…
Dia bukan miliku…
Bawalah ia jauh dari pandanganku…
Luputkanlah ia dari ingatanku…
Dan peliharalah aku dari kekecewaan…

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Melontar bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja nan merah...
Agarku bisa bahagia…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Dan ya Allah yang tercinta…
Gantikanlah yang telah hilang….
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah…
Walaupun tidak sama dengan dirinya…

Ya Allah ya Tuhanku…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan…
Adalah yang terbaik buat ku…
Kerana Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…

Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan di akhirat…
Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh…

Amin.. Ya Rabbal A’lamin..

Wednesday, December 01, 2010

Lima Sebelum Lima


Angka 5 memberi konotasi berbeza terhadap sesuatu perkara bergantung penggunaannya kepada situasi dan keadaan. LIMA merupakan singkatan kepada Langkawi International Maritime and Aerospace. LIMA+U pula akan menjadi sesuatu yg menyelerakan kalau dibuat perahan jus. Kena pulak time hari panas dapat minum limau ais memang syok. Haha... Adapun dalam Islam 5 juga akan mengingatkan umatnya kepada sesuatu perkara. Apa dia? Contohnya Rukun Islam ada 5. Rasul Ulul Azmi ada 5 (guess who?). Sehari semalam kita diwajibkan solat sebanyak 5 kali (cukup tak??). Dan tak lain tak bukan yang sering kita dengar di halwa telinga iaitu Ingat 5 Perkara Sebelum 5 Perkara.
  • Muda sebelum tua

  • Kaya sebelum miskin

  • Lapang sebelum sempit

  • Sihat sebelum sakit

  • Hidup sebelum mati

Sihat sebelum sakit. Hurm... Tergerak hati nak mencoret sesuatu selepas menziarahi rakan sejawat aku tadi di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah. Telah 2 hari rakanku ini dimasukkan ke wad ICU di bawah pemantauan rapi pihak hospital. Kritikal. Kulihat wajah ibunya...bapanya...suaminya... Disebalik ketenangan wajah mereka tersembunyi rasa risau, sedih, sayu mengenangkan kesakitan yg dialami rakanku ini. Aku juga turut kasihan. Tetapi bak kata pepatah berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Semalam doktor mengesahkan kandungannya tidak lagi bernyawa setelah hampir 6 bulan bayi itu memadu kasih dalam rahim ibunya. Berkongsi segala-galanya dengan ibunya selama tempoh itu. Makan bersama. Ketawa bersama. Apa yg ibunya makan itulah juga yg dia rasai. Sama. Sehati sejiwa. Gembira ibu itu menanti kelahiran bayi kesayangannya, segembira itulah juga bayi itu menghitung hari tidak sabar-sabar berjumpa ibunya ketika dilahirkan ke dunia kelak. Namun takdir mengatasi segala-galanya. Ternyata Allah lebih menyayangi bayi bertuah itu apabila terlebih dahulu menjemputnya kembali ke pangkuan-Nya. Bukan itu sahaja ujian yg dilalui rakanku ini, malah doktor mengesahkan bahawa ususnya telah dijangkiti kuman yg tidak diketahui puncanya. Sehingga petang tadi, ujian makmal masih tidak dapat mencari kaedah terbaik untuk mengatasi jangkitan kuman tersebut. Apa yang dilakukan kini hanyalah melambatkan kesan jangkitan itu supaya tidak merebak ke organ-organ lain. Jangkitan kuman inilah juga yang menyebabkan bayi dalam kandungannya tidak lagi dapat meneruskan hayatnya. Kes ini tidak pernah berlaku di sini sebelum ini dan kes ini adalah yang pertama seumpamanya.

Berat bunyinya kan? Itulah lumrah alam. Kadang-kadang kita tidak mampu menduga apa perkara yg bakal kita hadapi pada masa akan datang. Apa yg mampu dibuat hanyalah persediaan bagi menghadapinya. Prevention is better than cure. Tetapi persediaan yg bagaimana? Sudah tentunya apa yg dianjurkan dalam Islam. Salah satu cara untuk mengingatkan kita supaya sentiasa bersedia adalah dengan Ingatlah 5 Perkara Sebelum 5 Perkara. Dunia hanya sementara. Yang kekal adalah di alam akhirat sana. Teringat aku pada tagline big event TV3 iaitu JOM HEBOH!. Why not kita buat tagline baru... JOM INGAT!

[buat rakan2 yg mengenali, sama-sama kita doakan kesihatan Pn Sri Haslikhaliza binti Hassan agar Allah mempermudahkan segala ujian ke atasnya dan disembuhkan segala penyakit yg dihidapinya supaya dapat kembali bertugas seperti sediakala. Moga2 Allah tenangkan juga suami dan seisi keluarganya. InsyaAllah. Ameen....]

Thursday, November 25, 2010

PuTaRaN aLaM


Putaran alam ke putar alam? Haha...putar alam ni cite pasal si pembelit, kejap cakap cani, kejap cakap camtu. Habis sume orang nak dikelentongnya. Habis jugak sume fakta2 diputarkannya. Lain kali kalo nak putar sila la masuk Roda Impian, setidak2nya bley gak dapat duit, kan? "Saya putar lagi Abg Halim". "Yaa, putar jangan x putar, wang besar, wang besar..." (Maaf kerana merepek).

Tapi sebenarnya hari ni aku xnak cakap pasal si pemutar alam, hari ni aku nak cite tentang putaran alam. Alam yang kita diami ini juga ada putarannya. Siang pasangannya malam. Matahari pasangannya bulan. Kilat pasangannya guruh. Laut pasangannya pantai. Saiful pasangannya ..... . Ehhh!?? teeettttt..... (siaran tergendala, sila bayar bil astro anda dgn kadar segera)

Ibarat roda kereta Proton Inspira (teringin tapi x mampu) yang laju berputar di atas jalan raya, bumi turut berputar pada paksinya, dan putaran pada paksi itu pula berputar mengikut orbit mengelilingi matahari. Putaran itu tepat, tiada cepat sesaat, tiada lewat sedetik. Setia dan taat pada waktunya. Maka atas sebab putaran itulah adanya tempoh masa 24 jam dalam 1 hari. Apabila lengkap mengelilingi matahari mengikut orbitnya, maka terhasillah 1 tahun yang bersamaan dengan 365 hari atau 366 hari dalam tahun lompat.

Lihatlah alam. Alam sentiasa tunduk dan patuh pada arahan Khaliqnya (Penciptanya), begitu cantik dan ajaib susunannya mengikut Sunnatullah, mengatasi jangkauan pemikiran akal manusia. Begitulah patuhnya matahari. Begitulah patuhnya bulan. Begitulah patuhnya bumi. Atas sebab kepatuhan itulah maka alam ini menjadi sempurna tanpa cacat celanya. Tetapi....sebegitu patuhkah kita? Patuhkan kita pada Pencipta kita?

Bayangkan jika alam ini tidak patuh kepada Penciptanya. Bayangkan jika bumi tidak lagi berputar pada paksinya. Bayangkan jika bumi ini tersasar dari laluan orbitnya. Apa akan jadi? Mungkinkah bumi akan berlanggar dengan matahari? Mungkinkah bulan akan singgah menyerang bumi? Atau mungkinkah marikh tidak segan silu bertandang ke bumi yg kita diami ini? Nah, segalanya mungkin bukan...Ucapkanlah Alhamdulillah, syukur kerana kita masih hidup kerana putaran alam ini masih kekal setia mengikut apa yg telah diperintahkan oleh-Nya kepadanya.

[Penulis sekadar ingin membandingkan dirinya dengan ketaatan putaran alam kepada Penciptanya. Ruang dan peluang masih ada untuk memperbaiki diri yg serba kekurangan ini. Syukur ke hadrat-Nya dengan segala pemberian dan kurniaan-Nya.]

Wednesday, October 27, 2010

Keliru? Khilaf? Was-was?

Pernahkah anda bingung dalam membuat pilihan atau keputusan? Berikut disediakan beberapa petua yang cukup praktikal untuk diamalkan ketika membuat pilihan atau keputusan.

Pertama : Solat Istikharah

Solat Istikharah patut menjadi prioriti bagi seorang Muslim dalam membuat keputusan. Tidak semua perkara yang kita inginkan adalah yang terbaik buat kita dan tidak semua perkara yang tidak kita sukai membawa mudarat. Hanya Allah S.W.T. tahu apa yang terbaik buat kita. Ini dijelaskan lagi dengan firman-Nya yang bermaksud: "Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Maha Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." (Surah Al-Baqarah 2:216)



Kedua : Musyawarah

Musyawarah, syura, mesyuarat atau diskusi amat penting. Satu akal yang bersuara membuat keputusan sama sekali tidak sama dengan suara majoriti atau akal yang kurang ilmu dan pengalaman tidak dapat membuat keputusan sematang mereka yang berilmu dan mempunyai pengalaman hidup yang banyak. Oleh sebab itu, mintalah pendapat orang soleh, ilmuwan atau mereka yang lebih berumur daripada kita seperti ibu bapa dalam membantu kita membuat sesuatu keputusan.



Ketiga : Dengar Kata Hati

Hati pun boleh memainkan peranan dalam membuat keputusan. Tetapi perlu bersyarat. Bukan sembarangan hati yang kita boleh dengar kehendaknya. ItalicHanya hati yang cintakan Allah dan Rasul yang layak dipertimbangkan. Oleh sebab itu, dengarlah kata hati selepas solat terutamanya selepas solat fardu, solat taubat atau solat istikharah serta ketika sedang berpuasa.


[artikel ini aku salin balik amek kat majalah solusi, tgh xde keje so taip balik n share la kt sini...sekadar peringatan utk diri sendiri yg serba kekurangan dan naif...dan utk renungan bersama]

Friday, September 17, 2010

“Abg, bila nak bawak adik balik?”

“Abg, bila nak bawak adik balik?” – soal azri…. Tersentak aku dgr pertanyaan tu keluar dari mulutnya. Tiba2 hati menjadi sayu. Nak je aku jwb balik “jom ikut abg balik, azri dok ngan abg ea”… Tapi xleh, aku xleh jwb mcm tu. Siapalah aku utk menjaganya. Mungkin adalah lebih baik dia terus berada di TSHTAN ini bersama rakan2 lain yg senasib dgnnya walaupun dapat aku rasakan dihati kecilnya dia amat dahagakan kasih syg seorang ibu dan ayah. Kalau tiada ibu ayah sekalipun mungkin kasih seorang abg yg diinginkannya. Terharu. Tersentuh. Tanpa kusedari hati ini menangis lagi.

“Azri, nanti ada masa abg dtg lagi ye. Kalau abg ada masa hari sabtu ahad abg dtg ea. Dah2. Xmo wat muka camtu. Senyum sikit” – pintaku… Air matanya bergenangan tatkala kukatakan hari ini adalah hari terakhir aku di sini sebelum kembali meneruskan kursus di INTAN. Ingin saja kubiarkan airmata ini turut mengalir sama berkongsi menangisi kesedihan dgnnya tapi mungkin dek kerana keegoanku ku tahankan jua. Hatiku sebak. Tiba2 dipeluknya aku erat2. Kudakap tubuhnya dalam pelukanku sambil tanganku kuusap dikepalanya dan ku tepuk2 belakang badannya. “Dah2. Xmo nangis. Nanti abg xde azri blaja elok2 tau. Esok dah besar boley jadi pandai. Boley jadi mcm abg” pujukku. Dia mengesat air matanya dgn lengan bajunya. Terasa basah. Aduhai. Ya Allah… Betapa susahnya adikku ini mengharungi hidupnya sehari-hari. Ya Rahim, Kau lindungilah hamba-Mu yg tidak bersalah ini dengan naungan dan rahmat-Mu. Berikanlah dia nikmat merasai nilai kasih syg selama dia berpijak di bumi-Mu ini. Ameen…

Seminggu berada di TSHTAN ini memberikan kenangan yg cukup2 manis dan membahagiakan. Walaupun kesemua pelatih di sini terdiri daripada kanak2 oku yg padaku mmg istimewa sifatnya, namun adakalanya terhibur melihat telatah dan gelagat kelakuan mereka. Mereka adalah insan istimewa yg bukan seperti kita yg dikurniakan akal yg sempurna dan lengkap bentuk tubuh badan. Kesemuanya ditempatkan di TSHTAN ini atas sebab kes2 tersendiri dan atas perintah mahkamah. Ada diantaranya menjadi mangsa penderaan fizikal, penderaan seksual, pembuangan bayi, disisihkan keluarga dan 1001 mcm cerita yg kadangkala menyakitkan hati ini mendengarnya. Kenapa? Kerana ia dilakukan oleh org2 yg bersifat lebih buruk daripada binatang, hitam hatinya, rosak akalnya, bahkan wajar sahaja ditembak dgn machine gun atau pun digilis berkali-kali dgn tayar keretaku ini. Empangan betul la kan. (Empangan=dam -> damn)

Ani, anak kecil berusia 7 tahun, comel, suka je aku melayannya. Selalu main tembak2 dgnnya. “Peng2! Tembak dia”… “Pong2…aiyakk,abg mati”. Asik2 aku je yg nak ditembaknya. Tembak la org lain plak kan. Adess. Letih la pulak kadang2 melayan budak ni. Biarpun letih, tapi sebenarnya letih dalam keseronokan. Jarang2 dapat peluang jadi budak kecik balik. Huhu. Ani ni hiperaktif agaknya, susah nak duduk diam. Tapi kalau time merajuk, haa susah la nak pujuk. Nasib baik ada kakaknya yg x jemu2 memujuk. Manja la pulak dgn kakaknya. Apa pun, seronok aku melayannya. Tembak Ani… Peng! Peng! Pong! Pong!

Semalam kami bwk diorang jalan2 cari duit raya kat rumah staf2 TSHTAN. Sebelum naik bas lagi Azri dah cop aku siap2. “Abg, abg, nanti adik nak dok sebelah abg ea,” pintanya sambil mengheret tanganku ke mana je dia gi. “Ok, jom2 kita naik bas,” aku turuti. Dari pagi smpi ptg melayan diorg gi beraya, mcm2 hal. Ada yang gi pakai selipar lain, alih2 balik dah tukar selipar lain pulak. Aiyakk! Lantak la. Yg penting bukan selipar aku yg dirembatnya. Ada yg amek kuih byk2, makan sikit then letak balik dlm balang kuih. Ada yg gaduh2 nakal nak duit raya lebih. Ada yg main tembak2 dgn aku, sape? Ani la, sape lg. Peng! Peng! Pong! Pong! Hahaha… Huii, memang kembung perut kami hari tu. Mana taknya, 7 buah rumah kami serang. Semua makanan berat2. 8 jam tanpa henti, makan, makan, dan makan lagi. Dan 8 jam itu jugalah, dari pagi smpi ke ptg, azri xnak berenggang dgnku. Hmm…azri…azri...

Buat sahabat2 di luar sana, mungkin ada di antara kita yg merasakan kehadiran mereka didunia ini amat menyusahkan. Tetapi ingatlah, mereka tidak minta utk dilahirkan sebegitu rupa. Mereka juga manusia. Dan selayaknya mereka dijaga dan dilayan seperti seorang manusia. Jangan biarkan hati kita dikotori dgn rasa jijik dan jelik terhadap kehadiran mereka di dunia ini. Sayangilah mereka seadanya. Masih terngiang-ngiang ditelingaku akan ayat itu… “Abg, bila nak bawak adik balik?”



[kisah benar drpd pengalaman aku bersama 10 sahabat peserta kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) menjalani CSR (community social responsibility) di Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah (TSHTAN), Seremban selama 1 minggu (13-17 September 2010). Sebarang gambar tidak dibenarkan diambil bersama kanak2 ini. So aku kongsi cerita je la ye]

Saturday, August 14, 2010

why 25?


Dalam bahasa matematik, nombor ialah satu entiti abstrak yang mewakili hitungan atau ukuran. Takrifan nombor sebenarnya berbeza dengan angka. Contohnya kalau kita kata nombor sepuluh, maka ia boleh diwakili dengan angka asas 10 atau jenis roman X. Pandai tak aku? Sila gelak...Hahaha...(selalu fail add math time sekolah dulu...huhu)

Ok, ketepikan persoalan yang berkaitan dengan akademik ni ye. Nak muntah dah aku dengan add math ni. Syoh3x.... Baik, kita terus dengan sesi pembelajaran kita hari ini ye. Hari ni kita akan belajar tentang nombor yang kita sendiri minat. Sila kaji dengan teliti mengapa nombor itu dipilih sedangkan banyak lagi nombor lain yang boleh kita pilih dari suatu set infiniti nombor. Apa istimewanya nombor itu? Sesetengah manusia menganggap suatu nombor menggambarkan tentang diri mereka. Pepatah Cina ada menyebut "wa suka nombo lapan sibab ituk nombo aa ala ong...silap ali bulan aa, wa boley lapat 8 olang gelfren balu oo" kata Encik Ong See Kat.

Hampir semua perkara yang kita lakukan sehari-hari melibatkan penggunaan nombor. Contohnya "Pagi esok aku nak bangun pukul 4.30 pagi la. Nak sahur banyak2. Takut lapar." Yes, masa juga diwakili dengan sistem penomboran. Tetapi tahukah anda apa yang terjadi selepas itu? "Alamak!! Dah pukul 5.45am. Tinggal 5 minit nak masuk subuh. Dammit!" Penyelesaian kepada masalah tersebut ialah "padan muka!!".

Selain masa, nombor juga boleh mewakili alamat rumah, plat kenderaan, kad pengenalan, tarikh lahir, tarikh perkahwinan, tarikh pertunangan, tarikh first date, tarikh ditangkap basah, tarikh buang bayi sendiri dan macam2 lagi... (Damn!!! Kalo aku dapat tangkap orang yg buang bayi ni aku nak sumbat dalam tauhu jadi tauhu sumbat. Then jual kat bazar ramadhan). Tak dinafikan juga nombor juga boleh menyebabkan pertelingkahan yang serius di antara seorang lelaki dan seorang wanita. Contohnya...

"Awak, awak tak ingat apa2 ke hari ni?" -isteri

"Apa hal pulak dengan hari ni? Hari Tembakau ke?" - suami

"Laa...bukan hari ni kita punya tarikh... tarikh...." - isteri

"Haa saya ingat, road tax saya mati hari ni. Nasib baik awak ingatkan" - suami

"Benci!!! Benci awak!!!" - isteri

Kesudahan cerita di atas ialah sang lelaki terpaksa mengopakkan duitnya berjumlah RM2,500 membeli gelang emas bertatahkan berlian bagi memujuk semula isterinya akibat ketidaktahanan lelaki itu asik makan di luar lantaran isteri dah tak mahu masak untuknya. Di sini juga menunjukkan nombor RM2,500 memberikan impak negatif terhadap kuasa membeli lelaki itu bagi tempoh 6 bulan akan datang. Maka, harapan dan mimpi indahnya untuk menukar sport rim baru tidak menjadi kenyataan. Pengajarannya, wahai lelaki2 di luar sana, silalah ingat tarikh2 penting yang melibatkan pasangan anda jika tak mahu makan dan tidur kat luar lagi.

Aku sendiri ada satu nombor yang aku minat. Nombor 25. Kenapa? Kerana ia memberikan 1001 macam fakta menarik dan gambaran tentang diri aku yang sebenar.....
  • Aku dilahirkan pada hari ke 25 dalam bulan Jun

  • Aku dilahirkan ketika ibuku berusia 25 tahun

  • Bapaku mengahwini ibuku pada usia 25 tahun

  • Bilangan Rasul dalam Islam ada 25

  • Rasulullah kawen pada usia 25 tahun

  • My birthday: 25 x 25 = 625 (6=bulan Jun, 25=hari)

  • Tahun ni usia aku 25

  • Plan kawen usia 25, tapi gagal kerana cerita lalu (aku redha)

Jelas di sini bahawa hanya kerana satu nombor sahaja, banyak implikasinya berlaku kepada diri sendiri dan orang di sekeliling kita. Dulu aku plan nak amek nombor plat kereta 2525 tapi dah terlambat. Orang lain dah amek dulu. Takpe la. Apa pun, berbanggalah dengan apa yang kita ada sekarang demi kebahagiaan masa depan.

i luv 25 !!!



Friday, August 06, 2010

"kita bebas!! terbang laksana burung..."

wehoo...
arini terasa sungguh bebas...
selepas 1 minggu berhempas pulas...
menyiapkan assignment yg menguji kesabaran dan kecekalan...
attitude lama time blaja dulu kembali meracuni diri...
assignment disiapkan di saat akhir...
di kala org lain sedang menge'print'kan assignment...
aku masih lagi terkapai2...
dgn muka selamba n cool...
hahaha...

tapi apa pun...
aku berpuas hati dgn apa yg aku buat...
even sebenanya aku boleh buat lebih baik dari tu...
never mine...aku x expect lebih2 sgt...
nanti org kata show off plak kan...
hahaha...(sila muntah)...

arini best...
3 muvi aku tengok...
2 muvi download...star trek n the losers...
1 muvi wayang...salt...
yg bestnye...
aku n 4 org member lain tgk wyg pakai baju melayu...
lps kelas terus pecut ke gsc...
mcm budak skola plak...nguhuhu....
lps ni nak tgk cte pe plak ye...
tekken pun cam best....
the last airbender menarik...
haha....layan2...abaikan esaimen2 lain....
yg penting kita enjoy!!!

Saturday, July 31, 2010

like mother like son

sukanya arini....huhu
balik2 tgk kat uma de kete baru...
kete mak yg kucintai selalu...
perodua viva elite...
it suits u mom...
u notice rite???
we share the same plate number...
we owez use n buy local products...
yeah...c'mon guys...
support our products...

n mom...i luv u owez...
forever ever after....

Wednesday, July 28, 2010

2 tahun perkhidmatan

hari ni, 28 Julai 2010 genapla 2 thn perkhidmatan aku dalam kerajaan...dlm tempoh 2 thn ni byk perkara yg aku blaja...susah, senang, sedih, gembira, sakit, seronok, marah, bangga, jelik dan 1001 mcm lagi perasaan telah aku alami...semuanya bercampur baur silih berganti menemani diriku dalam liku2 hidup sebagai seorang pegawai kerajaan yg masih punya banyak kekurangan...

apa pun, tahniah la kat diri sendiri kerana masih dapat bertahan sehingga ke detik dan saat ini...honestly, tidak ada apa yg lebih baik dlm diriku ini melainkan segala pengalaman dan kenangan yg diharungi yg telah membentuk seorang lelaki yg bernama SAIFUL ini...aku masih lagi mendambakan ilmu yg x pernah2 cukup, aku masih lagi mendambakan tunjuk ajar sahabat2 seperjuangan, aku masih lagi mendambakan pedoman, redha dan rahmat-Nya, dan aku masih lagi mendambakan restu yg berpanjangan drpd kedua ibu bapaku...

utk apa? tidak sesekali aku taksub dgn jawatan yg ada ini, tidak sesekali aku riak dgn penghormatan yg ada ini....semuanya hanya 1....dan hanya 1....utk mencari keredhaan-Nya....yg hakiki....

pelajar - guru - politik

Semalam Tan Sri KSN telah mengumumkan bahawa guru2 gred 41 - 48 dibenarkan bergiat aktif dalam gelanggang politik negara. Atas dasar keprihatinan pihak kerajaan dalam menghargai sumbangan para guru semasa zaman pra-kemerdekaan dahulu maka kelonggaran syarat berpolitik diberikan kepada guru pada masa kini.

Saya memandang dari perspektif seorang rakyat marhaen berkenaan isu ini. Tidak dapat dinafikan sumbangan guru2 amat besar dalam merencanakan agenda pendidikan sejak dahulu, kini dan selama2nya. Kerana guru jugalah yang telah melahirkan keperibadian masyarakat majmuk pada hari ini. Kerananya jugalah lahirnya bijaksana dan bijaksini yg sedang bertebaran di atas muka bumi ini dalam membangunkan sebuah negara bangsa.

Namun, dengan kelonggaran ini juga kemungkinan akan mengundang persoalan yang pelbagai di kalangan penjawat awam dalam skim yang lain. Para penuntut di universiti yg terikat dgn AUKU pula mungkin akan lantang bersuara. Mengapa mereka tidak diberi kebebasan seperti rakyat yg lain? Apakah pelajar hanya perlu didudukkan sebagai seorang pentelaah buku sahaja?

Dan apa pula kesan kepada sesi pembelajaran pelajar2 di sekolah nanti? Mungkinkah akan wujud perkara2 seperti doktrinisasi atau brainwashing yg berleluasa. Isu ini masih baru. Perlu ditekankan jika dilaksanakan juga maka adalah penting untuk konsep 'hak dan had' diamalkan. Ya, sama2lah kita lihat nanti apakah yg bakal menyusul nanti............layannn.....

Tuesday, July 27, 2010

i'm back!!!

yeeehaaaa...!!!
its almost 1 year since i'm done of writing blogs...
dunno why....maybe dats becoz of 'al-kasl' syndrome or in malay.....
we call it as ' PEMALEH TAHAP GABAN'
hahaha....
but now i'm back guys!!
back to make havoc n havoc n havoc in my blogs...
even though i know there are no one reading it...
hahaha...sorry, my english is not bery good...huhu
coz i'm owez learn, relearn n unlearn...
its owez fun in writings....i like.....