Saturday, August 29, 2009

Setahun Jagung - Part 3

“Kak, tumpang tanya…kat mana tempat nak lapor diri?”
“Encik tunggu je dulu kat sini. Staf2 lain semua ada kat bawah. Ada perhimpunan pagi…nanti bila dah habis akan ada orang uruskan” jawab salah seorang staf yg ku kira dalam lingkungan umur 40an….

Aku akur dan duduk menunggu di atas sofa empuk yg ada di pejabat SUK di tingkat 5 Wisma Negeri ni. Jam dah menunjukkan pukul 7.45 pagi….Tapi kenapa akak tadi x turun perhimpunan pagi? ‘Fly’ ke?? (Fly-istilah ponteng yg kami guna time sekolah asrama dulu….huhu) Memang x ramai orang yg kulihat di situ….ramai yg turun ke perhimpunan agaknya…. Yg baru sampai aku n sorang minah ni…time tu x tau nama dia….haha…..n xlama lepas tu sampai la lagi yg lain…..termasuk la Dzul, Khatib n En Lisan yg aku dah kenal time kursus last week….kalau diikutkan senarai semua sekali yg melapor diri hari ni 10 orang….5 lelaki n 5 perempuan….elok la tu…..5 pasang……haha…..sambil menunggu tu kitorang borak2 sambil ngumpat2 sikit abang2 n kakak2 fasilitator time kursus aritu….(tak baik tul la…insaf la…huhu)

Hari tu memang xde keje pun….aktiviti kami ialah acara permainan yg bertajuk ‘Aku Tengok Kau, Kau Tengok Aku’ yg berlangsung selama beberapa jam di Bilik Mesyuarat Khas SUK….hahaha…..Petang tu baru dapat jumpa Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, YB. Dato’ Norzam Mohd Nor….time perjumpaan kali pertama tu semua x panggil dia Dato’….panggil tuan je….haha…dah xtau main belasah je la kan….tu la….timbalan dia, En Salleh Jabar x bagitau awal2…..tu yg kitorang main redah je….huhu….n x pasal2 je Dato’ SS (singkatan State Secretary) suruh masuk mesyuarat petang tu…..lagi sekali kami yg xtau apa2 ni redah je la masuk meeting tu….Mesyuarat Pengurusan SUK…..tah apa2 yg diorang bincang tah….dengar je la….Dzul aku tengok dah asik ‘mengangguk’ je kat sebelah aku…..setuju….setuju….kata Dzul dalam mimpi….hahaha…..habis hari pertama di SUK….

Seminggu kami berenang-renang2 (pool) di SUK…..belum ada penempatan diberikan utk kami…acara tetap kami macam biasa la….. ‘Aku Tengok Kau, Kau Tengok Aku’ yg berlangsung di Bilik Teratai yg telah menjadi lokasi renangan kami selama seminggu……ada la sesekali gi Library cari maklumat utk siapkan assignment yg dia bagi masa kursus hari tu….tu pun sambil menyelam minum air…..dapat gak budak2 ni tido kat situ….huhu…..

Sehinggalah tiba hari Jumaat….hari yg mendebarkan….hari yg bakal memisahkan kami utk meneruskan perjuangan di tempat masing2…..di Bilik Teratai itulah CC Jamaliah menyampaikan surat penempatan kami……zrap…zrap…zrap….(bunyi koyakkan sampul surat)

· Dzul – Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson
· Khatib – Pejabat Daerah dan Tanah Gemas
· Munis – Unit Integriti dan Kualiti SUK
· Lisan – Unit Dewan dan MMK SUK
· Eja – Unit Perkhidmatan SUK
· Iem – Pejabat Daerah dan Tanah Jelebu
· Farah – Pejabat Daerah dan Tanah Jempol
· Noor – Unit Perumahan dan Kerajaan Tempatan
· Mariya – Unit Perancang Ekonomi Negeri
· Aku?? – Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah

Haa…?? Hadoi la….daerah beraja tu…..alamak…..mati la aku….rilek2….ko x mati lagi cipoi….xpe….redah je cipoi…..ko kan pakar dalam redah-meredah ni…..huuu….bisikku dalam hati….nak menenangkan jiwa…..tapi sebenarnya aku xkisah pun….pilah pun pilah laa….lagipun aku dah tau sikit pot2 yg ada kat situ…..almaklumla dulu kan aku blaja kat matrik situ….maknanya aku kembali ke tempat yg penuh dgn nostalgia la ni…..tempat yg pernah menemukan aku dgn seseorang suatu ketika dulu….eh? heheh…….mesti ‘dia’ suka kalo tau aku kene posting kat pilah……huhu…….kenangan terindah….kata Samsons…….


Tuesday, August 04, 2009

Setahun Jagung - Part 2

7 Ogos 2008 – hari yg dinanti2kan tiba jua akhirnya…..aku pasti, bukan aku je yg tunggu, tapi semua rakan2 seangkatanku ketika itu menantikannya…..selesai sudah Kursus PTD Unggul…..10 hari berkampung di IKWAS, macam2 perkara yg kami pelajari……dari aspek pengurusan pejabat, kepimpinan, protokol dan etiket hinggalah kepada pengurusan kendiri……SYMP…..saya yg menurut perintah…..antara ayat paling banyak didengar…..huhu…..tapi perintah yg bagaimana? Macamana kalau arahan yang bos atau sesiapa yg jadi stackholder tu bercanggah? Bercanggah dgn agama, bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia, bercanggah dengan Pekeliling/Peraturan semasa……what should we do? Ikut secara melulu? Melawan? Jadi pak turut? Tepuk dada, tanyalah hati, peganglah iman…..

Petang itu aku bertolak pulang bersama dgn seorang rakan baru, juga dari seremban……Khatib, yg sekarang ni memegang jawatan sebagai ADO Gemas……wa caya sama lu beb…..kepala lu memang rock….rockers pun kalo tengok lu terus letak jawatan…..hahaha….on the way nak balik kejap2 dia sms, kejap2 dia call….sape? awex la kan…..lama x jumpa, rindu la tu….khabarnya sampai je seremban nanti, terus dia nak pecut ke KL…..nak jumpa bakal mertua…..amboii…bagus2…..dapat je PTD terus ada 2nd step ke depan….memang bijak…..aku? heheh…..bak kata Siti Nurhaliza (my ex-girlfriend)….Biarlah Rahsia…….
Seronok bila dapat balik umah….haaa…masa ni la nak rehat sepuas-puasnya….nak qada’ balik tido yg x penah2 cukup kat IKWAS tu…..malam tu memang aku tido awal….nyenyak senyenyak-nyenyaknya……family aku tengok pun dah paham la tu…..huhu….esoknya Jumaat….kami cuti……Isnin depan baru lapor diri di tempat posting masing2….teringat aku dalam surat arahan posting yg kami terima di hari akhir kursus tu, masing2 berdebar baca surat tu…..kat mana la kami ni nak dicampakkan……sama ada ke federal, atau ke state……federal ada kelebihan, state pun ada kelebihan……state plak kalo posting ke negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) lain caranya…..kalo di bawah Barisan Nasional (BN) lain caranya…..ada pro dan kontranya…..bagi aku la….orang lain mungkin lain pendapatnya…..

Tup tup bila aku bukak sampul tu, terpampang tulisan yg dah diboldkan…….aku ditempatkan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan sebagai Penolong Setiausaha……hek eleh….N9 jugak tempat aku…..takde ke tempat lain……campak la kat MOA ke….MOSTI ke…..Kedah ke……eh? Ops!….ni balik2 N9…..x berkembang la otak aku…..fikir aku masa tu la…..tapi family aku plak yg suka….senang keje kat sini, x jauh dgn rumah…..ye laa…parent kalo anak keje dekat2 lagi dia suka kan….xpe la….mana2 pun aku dicampakkan kat situ la punca rezeki aku…..terima je la…..mungkin ada baiknya bekerja di negeri sendiri……bak kata pepatah Negro, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri….hurm….tapi hari ini memang aku nampak la sikit apa hikmahnya bekerja negeri ni…..kenapa?

…………………bersambung…………………..