Monday, May 21, 2012

anugerah....

Teringat kepada satu ungkapan "ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi". Ungkapan ini kerapkali digunakan dalam perbualan harian terutama di kalangan masyarakat Melayu. Biasa la, Melayu kan banyak peribahasa. Tapi bila pikir2 balik, tak semestinya kuah tumpah ke nasi. Aku ada je kuah tumpah kat baju, kena pulak kat baju keje, memang tahniah la kat diri sendiri. Hahaha...
Berbalik kepada ungkapan tadi, kuah dan nasi diumpamakan seperti bapa kepada anak atau ibu kepada anak. Lebih tepat lagi maksudnya ialah apabila seorang bapa yg sedang khusyuk makan gulai ayam menggunakan sudu tiba2 ayamnya terpelanting bersama kuah menuju ke nasi anak dan anak memakan ayam terbang itu. Begitulah maksudnya. (kompem cikgu bm aku kecewa....selamat hari guru cikgu...haha)

Takyah explain la maksudnya, semua pun tau kan. Ya, seorang anak banyak belajar daripada pemerhatian mereka terhadap perilaku ibu dan bapa mereka. Dek kerana itulah peribahasa ini wujud. Anak merupakan anugerah kurniaan Allah yang tidak ternilai harganya. Lahirnya mereka ke dunia ini tanpa secalit dosa. Bak kain putih yang suci dan bersih. Ibu dan bapalah yang akan mencorakkan kehidupannya kelak sejak dari mereka kecil sehinggalah mampu untuk berdikari sendiri nanti.

Alhamdulillah, aku bersyukur. Jika diizinkan, fasa baru hidupku akan mula menerjah dengan kehadiran orang baru dalam keluarga yang ku bina bersama isteri tercinta. Esok genap 11 minggu usia kandungan isteriku ini. Ada yang bertanya, baby boy ke girl? Masih awal lagi nak tau. Tapi apa pun kurniaan-Nya aku terima. Baik lelaki atau perempuan. Doaku, moga2 dengan kelahirannya ke dunia nanti akan lebih mengeratkan hubungan kami dalam keluarga yang baru genap mencecah usia 6 bulan semalam.

Bila melihat keadaan isteri yang sedang mengandung barulah ku tahu betapa besarnya pengorbanan ibuku yang mengandungkanku suatu ketika dulu. Ke sana ke mari dengan kandungan yang semakin membesar. Dengan muntah2nya lagi. Dengan kadang2 takde selera makannya lagi. Allahuakbar. Besarnya jasa dan pengorbanan seorang ibu. Susah sebenarnya jadi ibu ni kan? Tapi mereka tetap tabah melaluinya. Hari2 yang ditelusuri bersama anak dalam kandungan merupakan hari2 yang manis untuk ibu. Manis juga untuk bapa.

Sejak tau isteriku mengandung, aku bantu mana yang boleh. Kami masih berjauhan. Masaku di hujung minggu itulah yang cuba untuk aku manfaatkan masa untuk berdua. Menemaninya ke mana2. Bantunya untuk meringankan bebannya. Entah sampai bila agaknya kami akan berjauhan seperti ini. Jasadku di sini, tapi hati dan fikiranku....ingin ke sana....

Ya Allah, bukakanlah pintu rezeki seluas2nya untuk kami....

1 comment:

cik lin butterfLYNN~~ said...

wahh, terharu ayang baca sampai mengalir air mata ni, thanks abang :')