Saturday, December 25, 2010

.::: titipan mahabbah :::.

Ya Allah….
Seandainya telah engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagian antara kami….
agar kemesraan itu abadi…

Dan ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi…
Seiringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…

Tetapi ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan…
Dia bukan miliku…
Bawalah ia jauh dari pandanganku…
Luputkanlah ia dari ingatanku…
Dan peliharalah aku dari kekecewaan…

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Melontar bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja nan merah...
Agarku bisa bahagia…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Dan ya Allah yang tercinta…
Gantikanlah yang telah hilang….
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah…
Walaupun tidak sama dengan dirinya…

Ya Allah ya Tuhanku…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan…
Adalah yang terbaik buat ku…
Kerana Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…

Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan di akhirat…
Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh…

Amin.. Ya Rabbal A’lamin..

Wednesday, December 01, 2010

Lima Sebelum Lima


Angka 5 memberi konotasi berbeza terhadap sesuatu perkara bergantung penggunaannya kepada situasi dan keadaan. LIMA merupakan singkatan kepada Langkawi International Maritime and Aerospace. LIMA+U pula akan menjadi sesuatu yg menyelerakan kalau dibuat perahan jus. Kena pulak time hari panas dapat minum limau ais memang syok. Haha... Adapun dalam Islam 5 juga akan mengingatkan umatnya kepada sesuatu perkara. Apa dia? Contohnya Rukun Islam ada 5. Rasul Ulul Azmi ada 5 (guess who?). Sehari semalam kita diwajibkan solat sebanyak 5 kali (cukup tak??). Dan tak lain tak bukan yang sering kita dengar di halwa telinga iaitu Ingat 5 Perkara Sebelum 5 Perkara.
  • Muda sebelum tua

  • Kaya sebelum miskin

  • Lapang sebelum sempit

  • Sihat sebelum sakit

  • Hidup sebelum mati

Sihat sebelum sakit. Hurm... Tergerak hati nak mencoret sesuatu selepas menziarahi rakan sejawat aku tadi di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah. Telah 2 hari rakanku ini dimasukkan ke wad ICU di bawah pemantauan rapi pihak hospital. Kritikal. Kulihat wajah ibunya...bapanya...suaminya... Disebalik ketenangan wajah mereka tersembunyi rasa risau, sedih, sayu mengenangkan kesakitan yg dialami rakanku ini. Aku juga turut kasihan. Tetapi bak kata pepatah berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Semalam doktor mengesahkan kandungannya tidak lagi bernyawa setelah hampir 6 bulan bayi itu memadu kasih dalam rahim ibunya. Berkongsi segala-galanya dengan ibunya selama tempoh itu. Makan bersama. Ketawa bersama. Apa yg ibunya makan itulah juga yg dia rasai. Sama. Sehati sejiwa. Gembira ibu itu menanti kelahiran bayi kesayangannya, segembira itulah juga bayi itu menghitung hari tidak sabar-sabar berjumpa ibunya ketika dilahirkan ke dunia kelak. Namun takdir mengatasi segala-galanya. Ternyata Allah lebih menyayangi bayi bertuah itu apabila terlebih dahulu menjemputnya kembali ke pangkuan-Nya. Bukan itu sahaja ujian yg dilalui rakanku ini, malah doktor mengesahkan bahawa ususnya telah dijangkiti kuman yg tidak diketahui puncanya. Sehingga petang tadi, ujian makmal masih tidak dapat mencari kaedah terbaik untuk mengatasi jangkitan kuman tersebut. Apa yang dilakukan kini hanyalah melambatkan kesan jangkitan itu supaya tidak merebak ke organ-organ lain. Jangkitan kuman inilah juga yang menyebabkan bayi dalam kandungannya tidak lagi dapat meneruskan hayatnya. Kes ini tidak pernah berlaku di sini sebelum ini dan kes ini adalah yang pertama seumpamanya.

Berat bunyinya kan? Itulah lumrah alam. Kadang-kadang kita tidak mampu menduga apa perkara yg bakal kita hadapi pada masa akan datang. Apa yg mampu dibuat hanyalah persediaan bagi menghadapinya. Prevention is better than cure. Tetapi persediaan yg bagaimana? Sudah tentunya apa yg dianjurkan dalam Islam. Salah satu cara untuk mengingatkan kita supaya sentiasa bersedia adalah dengan Ingatlah 5 Perkara Sebelum 5 Perkara. Dunia hanya sementara. Yang kekal adalah di alam akhirat sana. Teringat aku pada tagline big event TV3 iaitu JOM HEBOH!. Why not kita buat tagline baru... JOM INGAT!

[buat rakan2 yg mengenali, sama-sama kita doakan kesihatan Pn Sri Haslikhaliza binti Hassan agar Allah mempermudahkan segala ujian ke atasnya dan disembuhkan segala penyakit yg dihidapinya supaya dapat kembali bertugas seperti sediakala. Moga2 Allah tenangkan juga suami dan seisi keluarganya. InsyaAllah. Ameen....]