Thursday, January 05, 2012

oh januari...

Januari kini bersua kembali. Tiap kali bersua, tiap kali itu jualah aku kaget. Pening. Sibuk. Stress. Tekanan. Dan perkataan-perkataan lain yang senada dengannya yang kadang-kala merimaskan. Dan menjengkelkan, mungkin. Bagi yang bekerja sebumbung denganku, pasti mengetahui kesibukanku di kala ini. Ya... Bulan ini adalah bulan rasmi untuk sambutan Hari Keputeraan Ke-64 D.Y.M.M. Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang jatuh pada 14 Januari ini iaitu hari Sabtu. Diulangi. Hari Sabtu. Tiada istilah cuti bagiku. Bukan hanya sehari, malah sambutannya bermula seminggu sebelum itu dan berakhir pada bulan Februari, insyaAllah.

Tahun ini adalah tahun ketiga penglibatanku dalam menguruskan sambutan ini. Tahun 2010 sudah. 2011 pun sudah. Kini 2012. Tahun-tahun lalu tumpuanku akan lebih kepada urusan kerja pada bulan Januari. Aku tak kisah kerana belum berkeluarga. Cuma bezanya tahun ini aku memikul tanggungjawab yang lebih besar. Ya, aku sudah beristeri. Kehidupan sebagai orang bujang cukup berbeza dengan mereka yang telah berkahwin. Aku ada tugas. Aku ada tanggungjawab. Tugas di pejabat, dan tanggungjawab sebagai suami.


Aku harus bijak membahagikan masa. Kami berjauhan. Dia di sana dan aku di sini. Berjumpa seminggu sekali di hujung minggu. Tapi kalau hujung minggu pun aku bertugas, bila lagi masanya untuk kami bersua? Haiyaa...pening sudah. Inilah kehidupanku kini. Antara tugas dan tanggungjawab. Harapanku agar insan kesayanganku ini akan lebih memahami. InsyaAllah....

Januari....oh Januari.....