Thursday, November 25, 2010

PuTaRaN aLaM


Putaran alam ke putar alam? Haha...putar alam ni cite pasal si pembelit, kejap cakap cani, kejap cakap camtu. Habis sume orang nak dikelentongnya. Habis jugak sume fakta2 diputarkannya. Lain kali kalo nak putar sila la masuk Roda Impian, setidak2nya bley gak dapat duit, kan? "Saya putar lagi Abg Halim". "Yaa, putar jangan x putar, wang besar, wang besar..." (Maaf kerana merepek).

Tapi sebenarnya hari ni aku xnak cakap pasal si pemutar alam, hari ni aku nak cite tentang putaran alam. Alam yang kita diami ini juga ada putarannya. Siang pasangannya malam. Matahari pasangannya bulan. Kilat pasangannya guruh. Laut pasangannya pantai. Saiful pasangannya ..... . Ehhh!?? teeettttt..... (siaran tergendala, sila bayar bil astro anda dgn kadar segera)

Ibarat roda kereta Proton Inspira (teringin tapi x mampu) yang laju berputar di atas jalan raya, bumi turut berputar pada paksinya, dan putaran pada paksi itu pula berputar mengikut orbit mengelilingi matahari. Putaran itu tepat, tiada cepat sesaat, tiada lewat sedetik. Setia dan taat pada waktunya. Maka atas sebab putaran itulah adanya tempoh masa 24 jam dalam 1 hari. Apabila lengkap mengelilingi matahari mengikut orbitnya, maka terhasillah 1 tahun yang bersamaan dengan 365 hari atau 366 hari dalam tahun lompat.

Lihatlah alam. Alam sentiasa tunduk dan patuh pada arahan Khaliqnya (Penciptanya), begitu cantik dan ajaib susunannya mengikut Sunnatullah, mengatasi jangkauan pemikiran akal manusia. Begitulah patuhnya matahari. Begitulah patuhnya bulan. Begitulah patuhnya bumi. Atas sebab kepatuhan itulah maka alam ini menjadi sempurna tanpa cacat celanya. Tetapi....sebegitu patuhkah kita? Patuhkan kita pada Pencipta kita?

Bayangkan jika alam ini tidak patuh kepada Penciptanya. Bayangkan jika bumi tidak lagi berputar pada paksinya. Bayangkan jika bumi ini tersasar dari laluan orbitnya. Apa akan jadi? Mungkinkah bumi akan berlanggar dengan matahari? Mungkinkah bulan akan singgah menyerang bumi? Atau mungkinkah marikh tidak segan silu bertandang ke bumi yg kita diami ini? Nah, segalanya mungkin bukan...Ucapkanlah Alhamdulillah, syukur kerana kita masih hidup kerana putaran alam ini masih kekal setia mengikut apa yg telah diperintahkan oleh-Nya kepadanya.

[Penulis sekadar ingin membandingkan dirinya dengan ketaatan putaran alam kepada Penciptanya. Ruang dan peluang masih ada untuk memperbaiki diri yg serba kekurangan ini. Syukur ke hadrat-Nya dengan segala pemberian dan kurniaan-Nya.]