Wednesday, October 27, 2010

Keliru? Khilaf? Was-was?

Pernahkah anda bingung dalam membuat pilihan atau keputusan? Berikut disediakan beberapa petua yang cukup praktikal untuk diamalkan ketika membuat pilihan atau keputusan.

Pertama : Solat Istikharah

Solat Istikharah patut menjadi prioriti bagi seorang Muslim dalam membuat keputusan. Tidak semua perkara yang kita inginkan adalah yang terbaik buat kita dan tidak semua perkara yang tidak kita sukai membawa mudarat. Hanya Allah S.W.T. tahu apa yang terbaik buat kita. Ini dijelaskan lagi dengan firman-Nya yang bermaksud: "Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Maha Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." (Surah Al-Baqarah 2:216)



Kedua : Musyawarah

Musyawarah, syura, mesyuarat atau diskusi amat penting. Satu akal yang bersuara membuat keputusan sama sekali tidak sama dengan suara majoriti atau akal yang kurang ilmu dan pengalaman tidak dapat membuat keputusan sematang mereka yang berilmu dan mempunyai pengalaman hidup yang banyak. Oleh sebab itu, mintalah pendapat orang soleh, ilmuwan atau mereka yang lebih berumur daripada kita seperti ibu bapa dalam membantu kita membuat sesuatu keputusan.



Ketiga : Dengar Kata Hati

Hati pun boleh memainkan peranan dalam membuat keputusan. Tetapi perlu bersyarat. Bukan sembarangan hati yang kita boleh dengar kehendaknya. ItalicHanya hati yang cintakan Allah dan Rasul yang layak dipertimbangkan. Oleh sebab itu, dengarlah kata hati selepas solat terutamanya selepas solat fardu, solat taubat atau solat istikharah serta ketika sedang berpuasa.


[artikel ini aku salin balik amek kat majalah solusi, tgh xde keje so taip balik n share la kt sini...sekadar peringatan utk diri sendiri yg serba kekurangan dan naif...dan utk renungan bersama]